PENJELASAN QOSAD, TA'RUDH, TA'YIN, TAKBIRATUL IHRAM DAN JUNUB, SIAPA LAKI² DAN SIAPA PEREMPUAN.
Oleh : Ustadz Riyan Prayoga SH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1. QOSAD
Adapun sebenar-benar Qosad itu Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada huruf dan suara, itulah yang Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu bukannya Niat yaitu Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah Zat ALLAH Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang Bersifat Zat WAJIBUL WUJUD KHOLIQUN NAS lagi Bersifat Kamil.
2. TA’RUDH
Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu. Adapun sebenar-benar Fardhu itu Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang Sebenar-Benar Fardhu.
Asal Fardhu itu Ruh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Semulia-mulia tempat Tajalli sekalian Nabinya. Ruh Adam itulah sebenar-benar dikatakan asal Fardhu yang sebenarnya. Kerana sekalian Nyawa itu Tajalli daripada Nur Muhammad. Tersebutlah di dalam Hadits
“Ana Minallahi Min Nuur, Al-‘Aalamiina Minnii”
yang bermaksud “Aku daripada ALLAH dan sekalian Jisim Alam itu daripada Aku”. Tersebut juga
“Ana Minallahi Wal Ambiya'u Minni"
maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Ambiya' itu daripada Aku”.
Dan lagi “Ana Minallahi Wal Mu'miniina Minnii”
maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Mu'min daripada Aku”.
Itulah sebabnya dikatakan Muhammad itu Abul Arwah (Bapa Sekalian Nyawa) dan Adam Abul Basyar (Bapa Sekalian Tubuh). Inilah yang dikatakan Sebenar-Benar Fardhu pada kita. (Nyawa) kerana itu memerintahkan dan Tajalli nyata gerak Tubuh oleh Nyawa. Tiada gerak Nyawa maka tiada gerak Badan.
3. TA’YIN.
Adapun Ta’yin itu menyatakan Fardu Dzohor dan Asar dan yang lain-lainnya. Adapun maksud sebenar-benar itu nyata itu Af’al ALLAH pada Jasad Adam, yaitu Tubuh kita yang kasar. Inilah Sebenar-Benar Ta’yin dan Sebenar-Benar Nyata.
• BAB TAKBIRATUL IHRAM.
Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan Hati kita seluruhnya kepada Zat ALLAH Ta’ala dahulu. (LAA) daripada Takbir tatkala Qamah itu diniatkan di dalam Hati kita pulangkan sekalian Panca Indera yang dipinjamkan kepada kita. Demikian Niat “Tiada Pendengarku Hanya Ia, Tiada Penglihatanku Hanya Ia, Tiada Gerak Dan Diamku Hanya Ia, Tiada Di Atas Dan Ke Bawah Hanya Ia, Tiada Di Kanan Dan Kiri, Tiada Hampir Tiada Jauh, Tiada Di Dalam Dan Di Luar, Tiada Ada Bandingan, Hanya Ia Tiada Hamba”.
• BAB HAKIKAT JUNUB
Bab ini menyatakan yang bernama Junub itu. Adapun yang bernama Junub yang sebenarnya itu maka terlalu amat mulia pada ALLAH Ta’ala pada masa tetap di dalam ‘IlmuNya lagi yang bernama Nur Ma’lumat ALLAH artinya cahaya yang amat limpah di dalam ‘IlmuNya tatkala dikeluarkan Ruh sertanya Nur ‘Ali namanya yaitu cahaya yang amat tinggi. Maka tatkala Ruh itu dimaujudkan kepada lembaga Adam ‘Alaihis Salam, Nur Tanziah (Cahaya Suci) namanya.
Adapun seperti Firman ALLAH SWT:
“Al Insaanu Sirrii Wa Ana Sirruhu”
Artinya: “Manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya”.
Sabda Rasulullah SAW:
“Man ‘Arofa Haqiqatu Junuubahu Minal A’laa Imma Fis Samaawaati Wal Ardh”
( Bersambung ke halaman 2 dibawah ini, Lalu Pilih Komunitas )
Buka Youtube : HABIB ALMUZAKKI kemudian Pilih Komunitas
Lihat pada Gambar
Tidak ada komentar:
Posting Komentar